CIRI-CIRI MAKKI MADANI
Ciri-ciri Ayat Makki :
1) Setiap surah yang di dalamnya mengandungi ayat sajadah.
2) Setiap ayat yang mempunyai kalimah كلا
3) Setiap ayat yang mengandungi perkataan (ياايهاالناس)
4) Setiap ayat yang mengandungi kisah para Nabi dan Rasul yang terdahulu melainkan surah al-Baqarah.
5) Ayat-ayat yang mengandungi kisah Nabi Adam dan Hawa kecuali di dalam surah al-Baqarah.
6) Setiap ayat dan surah yang dimulai dengan huruf-huruf hijaiyah seperti حم dan الم di pangkal surah kecuali surah al-Baqarah dan Ali Imran.
*Walaupun begitu, terdapat tanda-tanda yang dapat mentarjihkan lagi iaitu:
1) Ayat dan surahnya berbentuk pendek, ringkas dan mempunyai kata-kata yang bertenaga, berapi serta sebutan yang sama.
2) Ayat dan surahnya mengandungi seruan beriman kepada Allah dan balasan hari Akhirat (syurga dan neraka).
3) Ayat dan surahnya mengandungi seruan agar manusia memperbaiki akhlak dan berakhlak dengan akhlak yang mulia serta memperbanyakkan amalan kebajikan.
4) Ayat dan surahnya mengandungi kisah para nabi dan umat terdahulu.
5) Ayat dan surahnya mengandungi celaan terhadap perbuatan kaum Musyrikin dan pemimpin-pemimpin mereka.
6) Ayat dan surahnya mengandungi sumpah-sumpah selaras dengan tabiat orang Arab yang suka bersumpah.
Ciri-ciri Ayat Madani :
1) Setiap ayat dan surah membicarakan tentang kewajipan dan hukum.
2) Setiap ayat dan surah yang membicarakan tentang kaum Munafiqun kecuali surah al-Ankabut.
3) Setiap ayat dan surah yang mengandungi perdebatan dengan ahli kitab dan seruan terhadap mereka supaya tidak keterlaluan dalam agama seperti yang terdapat dalam surat al-baqarah, an-nisa, ali imran, at-taubah dan lain-lain.
*Ciri tersebut ditambah lagi dengan perkara-perkara berikut yang lebih kukuh iaitu:
1) Setiap ayat dan surah membicarakan tentang hukum-hukum faraid, soal-soal hak, undang-undang awam, sosial dan kenegaraan.
2)Kebanyakan ayat dan surahnya panjang-panjang dan meleret-leret dengan perbicaraan yang tenang.
3) Setiap hujah dan dalil mengenai hakikat Islam dan Iman dibicarakan secara lebih terperinci.
No comments:
Post a Comment