Total Pageviews

definisi wahyu


  • Wahyu adalah sesuatu yang dimaklumkan oleh Allah kepada sesiapa sahaja daripada hamba-Nya yang dipilih-Nya dan ia merupakan hidayah dan ilmu (yang diberi) secara rahsia dan tersembunyi bukan dengan cara biasa yang dilakukan oleh manusia.(i)
  • wahyu boleh juga dikatakan sebagai maklumat dari Allah yang diperolehi oleh seorang hamba terpilih sama ada melalui perantaraan malaikat atau secara langsung, tersembunyi, rahsia dan tersendiri, bukan melalui cara yang biasa dilakukan oleh manusia untuk mendapatkan ilmu pengetahuan. Wahyu diberikan dan diturunkan kepada hamba-hamba yang terpilih oleh Allah sebagai satu kelebihan dan keistimewaan. Ia adalah satu anugerah pemberian dan tidak boleh didapati dengan cara mencarinya atau meminta-minta. Wahyu tidak boleh diukur oleh akal fikiran dan ia tidak tunduk kepada lojik manusia. Sebaliknya akal fikiran dan logik manusia yang tunduk dibawah pimpinan wahyu Ilahi. (ii)
  • wahyu ialah memberitahu sesuatu dengan cara yang samar dan cepat manakala dari segi istilah pula pemberitahuan Tuhan kepada nabiNya tentang hukum-hukum Tuhan,berita-berita dan cerita-cerita dengan cara samar tetepi meyakinkan bahawa apa yang diterimanya adalah betul-betul dari Allah sendiri.
  • wahyu adalah pengalihan sesuatu pada fikiran orang yang dituju dengan cepat dan tersembunyi sehingga orang lain tidak dapat mengetahuinya.


Rujukan :

(1) http://hafizfirdaus.com/ebook/20hujah/hujah8.htm

  • Muhammad Abdul Azim al-Zarqani – Manahil al-Irfan fi Ulum  al-Qur’an, ms 56 dinukil dari Mahmud Saedon Othman – al-Sunnah: Kedudukan dan Peranannya di dalam Syari’ah Islam, ms 88.
  •  Mahmud Saedon Othman – al-Sunnah: Kedudukan dan Peranannya, ms 88-89

(2) Drs. Masjfuk Zuhdi – Penghantar Ulumul  al-Qur’an, ms 5

(3) http://www.ibrahimamini.com/en/node/2100




No comments:

Post a Comment