FAEDAH MENGETAHUI MAKKI MADANI
1) Memudahkan seseorang itu membuat tafsiran ke atas satu-satu ayat secara tepat.
2) Dapat menghayati uslub-uslub Al-Quran dan mengambil faedah daripanya untuk berdakwah.
3) Membolehkan kita mengenali dan memahami sejarah perundangan Islam dari awal hingga akhir. Ini akan menambah keyakinan dan ketaqwaan kepada Allah s.w.t.
4) Membolehkan kita menentukan ayat-ayat Nasikh dan Mansukh. Ini membantu kita dalam menentukan seuatu hukum.
5) Menambahkan keyakinan kepada al-Quran dan agama Islam itu sendiri kerana ketelitian umatnya demi kesejahteraan umat seluruhnya.
6) Untuk mengetahui dan menghargai betapa gigih dan tekunnya ulama’ Islam dalam mengkaji al-Quran serta ilmu-ilmunya untuk kepentingan umat Islam.
7) Sebagai salah satu syarat utama kepada ahli tafsir dan mujtahid untuk mentafsir al-Quran dan mengithbatkan hukum daripadanya.





No comments:
Post a Comment