MANHAJ MAKKI MADANI
Para ulama' bersandarkan pada dua cara utama dalam menentukan ayat Makkiyah dan Madaniyyah :
1) Manhaj sima`i naqli ( kaedah pendengaran seperti apa adanya )
2) Manhaj qiyasi ijtihadi ( menganalogikan dan ijtihad ).
Manhaj Sima`i Naqli
Cara sima'i naqli ialah berdasarkan kepada riwayat sahih daripada para sahabat yang hidup pada zaman Rasulullah S.A.W. Mereka menyaksikan turunnya wahyu pada ketika itu ataupun daripada para tabi`in yag menerima dan mendengar dari para sahabat, dimana dan peristiwa apa yang berkaitan dengan turunnya wahyu itu. Sebahagian besar penentuan makki dan madani itu berdasarkan pada cara pertama iaitu berpandukan masa penurunan ayat sama ada sebelum atau selepas hijrah.
Manhaj Qiyasi Ijtihadi
Cara qiyasi ijtihadi iaitu yang kedua didasarkan pada ciri-ciri makki dan madani. Apabila dalam surah makki terdapat suatu ayat yang mengandung ayat madani atau mengandungi persitiwa madani, maka dikatakan bahawa ayat itu adalah madani dan sebaliknya. Bila dalam satu surah terdapat ciri-ciri makki, maka surah itu dinamakan surah makki. Juga sebaliknya. Inilah yang disebut qiyas ijtihadi.





No comments:
Post a Comment