Pada hakikatnya, Rasulullah S.A.W. tidak menjelaskan mengenai perbahasan tentang ayat-ayat Makkiyah dan Madaniyyah kerana ketika zaman Rasulullah, kaum Muslimin tidak memerlukan penjelasan seperti ini, memandangkan mereka telah mengetahui tentang wahyu, tempat, waktu dan sebab-sebab turunnya ayat Al-Quran. Walaubagaimanapun, perbahasan mengenai ayat Makkiyah dan Madaniyah, sama ada mengenai ciri-cirinya mahupun isinya merupakan perbahasan yang sangat penting. Bukan hanya dari segi teori, tetapi sekaligus menjadi petunjuk bagi ummat Islam dalam rangka untuk meneladani perjalanan hidup Rasulullah S.A.W.
ENJOY ^^
No comments:
Post a Comment