1) Dalil
aqli
a) Telefon dan wahyu
· Kita hanya mendengar
suara orang yang berhubung dengan kita melalui telefon walaupun dia berada jauh
tanpa melihat bentuk suara tersebut. Kita tidak melihat proses suara itu sampai
kepada kita tetapi boleh merasai kesannya dengan mendengar suara tersebut. Begitu
juga dengan wahyu,kita tidak dapat melihat cara penurunan wahyu tetapi dapat
mengetahui kesannya sebagaimana yang diceritakan oleh para sahabat.
Antaranya,baginda pengsan,rona wajah baginda berubah,berpeluh dan lain-lain.
b) komputer dan wahyu
· Sama seperti
telefon, proses penghantaran kiriman mesej atau maklumat melalui komputer tidak
dapat diketahui tetapi ia ada. Contohnya, Ali menghantar maklumat kepada Abu
melalui email,tanpa mengetahui proses perjalanan penghantaran maklumat tersebut,Abu
yakin tentangnya. Sebab apa? Kerana maklumat tersebut telah sampai dalam email
Abu. Wahyu juga begitu. Terdapat kesan-kesannya yang membuatkan kita yakin
tentang kewujudan wahyu.
Dinukil bahwa “Penerimaan wahyu begitu beratnya bagi Nabi sampai-sampai
pada musim dingin pun nabi mengeluarkan keringat dan mengalir di wajah beliau
yang mulia.” Dalam penukilan lainnya disebutkan, “Rona wajah Nabi berubah dan
kepalanya tertunduk. Para sahabat menyebut kondisi tersebut sebagai “kondisi
pelepasan wahyu.”[134]
Ikrimah berkata, “Ketika wahyu diturunkan pada Nabi, sesaat beliau seperti
manusia yang lemas dan jatuh ke bumi.”[136]
Abu Arwi berkata, “Aku menyaksikan saat Rasul saw menerima wahyu dan beliau
berada di atas kendaraannya. Kemudian hewan itu meringkik dan keempat kakinya
lemas. Aku mengira keempat kakinya patah dan karena begitu beratnya terkadang
bertumpu pada lututnya dan terkadang memukulkan kedua kaki depannya. Kondisi
seperti ini terus berlangsung sampai wahyu selesai sementara keringat mengucur dari
wajah Nabi bagaikan mutiara.” [137]
Hisyam bin Salim meriwayatkan dari Imam Shadiq as dan sebagian sahabat juga
bertanya pada beliau, “Apa maksud Rasul saw saat beliau bersabda, ‘Jibril,
inilah Jibril yang memerintahkan kepadaku.’ Dan pada kesempatan lain beliau
jatuh pingsan?” Imam Shadiq as menjawab, “Kondisi pingsan terjadi saat wahyu
diturunkan secara langsung oleh Allah tanpa perantara Jibril dan jika Jibril
menjadi perantara wahyu, maka kondisi tersebut tidak terjadi dan beliau (Nabi)
bersabda, ‘Jibril mengatakan demikian dan ini adalah Jibril.’”[139]
*** kesimpulannya,telefon dan komputer merupakan ciptaan manusia dan kita
masih tidak dapat melihat cara penghantaran maklumat tersebut bahkan
kagum dengan kecanggihannya. Wahyu pula dari Allah yang Maha Kuasa, tiada yang
mustahil baginya. Allah malah boleh membuat lebih dari apa yang manusia mampu
buat. Adakah sesuatu yang tidak dapat dilihat tidak boleh dipecayai?
2) Dalil naqli
i. Surah
nisa’: 163-164
Sesungguhnya Kami telah mewahyukan kepadamu sebagaimana Kami telah
mewahyukan kepada Nuh dan para nabi setelahnya. Kami wahyukan kepada Ibrahim,
Ismail, Ishaq, dan Ya’qub serta Kami wahyukan kepada Asbath, Isa, Ayyub, Yunus,
Harun, dan Sulaiman serta Kami berikan Zabur kepada Daud. Dan (kami telah
mengutus) beberapa orang rasul yang talah Kami ceritakan kepadamu sebelum
ini,dan rasul-rasul yang tidak Kami ceritakan hal mereka kepadamu. Dan
Allah telah berkata-kata kepada Nabi Musa dengan kata-kata (secara langsung,tiada
perantaraan)
ii. Surah
yunus : 2
Tidaklah patut adanya pada manusia yang ingkar itu perasaan hairan
disebabkan Kami telah wahyukan kepada seorang lelaki dari jenis mereka (Nabi
Muhammad) dengan berfirman kepadanya :” berilah amaran kepada umat
manusia (yang ingkar,dengan balasan azab) dan sampaikanlah berita yang
menggembirakan kepada orang-orang yang beriman ,bahawa bagi mereka ada
persediaan yang sungguh mulia disisi Tuhan mereka (disebabkan amal soleh yang
mereka kerjakan).berkata orang kafir: “sebenarnya (al-Qur’an) ini adalah
sihir yang terang nyata
iii. Surah
syura : 51
Tidaklah manusia berbicara dengan Allah, atau di balik tirai, atau diutus
utusan lalu mewahyukan dengan izin-Nya atas sesuatu yang dikehendaki.
Sesungguhnya Dia Mahatinggi dan Mahabijaksana
iv. Hadis
dari aisyah
Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari di dalam sahihnya daripada
Aisyah Ummul mukminin yang bermaksud, “ Harith bin Hisyam telah bertanya
kepada Rasulullah S.A.W. Katanya: Wahai Rasulullah, bagaimanakah wahyu
didatangkan kepada engkau? Jawab baginda: “ Kadangkala ia didatangkan kepadaku
seumpama bunyi loceng yamg merupakan cara yang paling berat aku rasakan. Aku
pun meyakininya dan kemudian aku menguasai apa yang telah diperkatakan.
Kadangkala malaikat menyerupakan dirinya kepadaku seumpama seorang lelaki dan
memperkatakan kepadaku dan aku menguasai apa yang diperkatakannya.
Rujukan :
- [134] Bihar, jil.18, hal.261.
- [136] At Thabaqatul Qubra, jil.1, hal.197.
- [137] Ibid.
- [139] Bihar, jil.18, hal.268.
(2) Al-qur’an al-karim





No comments:
Post a Comment