1) Kepada malaikat
2) Kepada rasul
v
CARA MALAIKAT MENERIMA WAHYU DARI ALLAH
Sebagaimana yang
telah diketahui, wahyu adalah perkataan Allah yang diturunkan melalui
perantaraan malaikat kepada para Rasulnya. Sebelum malaikat Jibril A.S. dapat
menyampaikan wahyu kepada para Nabi, maka sudah pastinya ia terlebih dahulu menerima
wahyu tersebut dari Allah S.W.T. Kemungkinan berlakunya dialog di antara Allah
dengan malaikat adalah amat jelas sepertimana firman Allah S.W.T: S.Baqarah: 30
Maksudnya: “Dan
(ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat;"Sesungguhnya Aku hendak
menjadikan seorang khalifah di bumi". mereka bertanya (tentang hikmat
ketetapan Tuhan itu Dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak
menjadikan di bumi itu orang Yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah
(berbunuh-bunuhan), padahal Kami sentiasa bertasbih Dengan memujiMu dan
mensucikanMu?".Tuhanberfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa
Yang kamu tidak mengetahuinya.”
Terdapat banyak lagi firman Allah yang lain yang menunjukkan dialog di antara Allah dengan malaikat.
Cara pertama: Malaikat Jibril a.s menerima wahyu dari Allah dengan
penyampaian secara ruhani atau menghafaznya dari Luh Mahfuz. Kemudian dia akan
turun menemui Nabi Muhammad S.A.W menyampaikan wahyu tersebut.
Cara kedua: Malaikat Jibril mengambil Al-Quran dari Allah secara
pendengaran dan kemudian menyampaikannya kepada Nabi Muhammad apa yang didengar
dan yang diperintahkan oleh Allah tanpa sedikit perubahan.
Mengenai cara Allah menyampaikan wahyu kepada malaikat melalui sebuah hadis
yang diriwayatkan oleh Nawas bin Sam’an r.a yang bermaksud: “Apabila Allah
mahu mewahyukan sesuatu urusan berfirmanlah dengan wahyu, lalu bergemuruh
keadaan langit kerana bersangatan takut kepada Allah. Apabila mendengar keadaan
itu lalu sujud dan tunduklah segala yang dilangit kepada Allah. Makhluk pertama
yang mengangkat kepala ialah Malaikat Jibril lalu Allah mewahyukan apa yang
dikehendakiNya. Kemudian berjalanlah Jibril di hadapan para malaikat, lalu
ketika itu bertanyalah mereka : Apakah yang telah diperkatakan oleh Allah wahai
Jibril? Maka sahut Jibril: Allah berfirman:“ Yang Hak (Al-Quran)Dan Dialah
yang Maha Tinggi dan Maha Besar”. Maka berkatalah mereka seperti yang
diperkatakan oleh Jibril. Maka berhentilah Jibril a.s. dengan wahyu itu bila
telah memenuhi apa yang diperintahkan oleh Allah S.W.T.
v
CARA RASUL MENERIMA WAHYU DARI ALLAH
Cara penurunan
wahyu dari Allah kepada para Nabi dan RasulNya dibahagikan kepada dua iaitu:
(1) Penurunan wahyu tanpa perantaraan
(2) Penurunan wahyu dengan perantaraan Malaikat
§
PENURUNAN WAHYU KEPADA RASUL TANPA PERANTARAAN
Antara cara Allah
menurunkan wahyu tanpa perantaraan ini ialah:
# Bermimpi yang benar semasa tidur.
Ini disahkan dengan hadis yang diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah yang
bermaksud: “ Seawal-awal wahyu yang diterima oleh baginda ialah mimpi yang
benar ketika tidur, maka ia tidak melihat melainkan datangnya seperti fajar
waktu subuh.
#Mendengar kalam
ilahi dari sebalik tabir.
Ini seperti yang dialami sendiri oleh Rasulullah S.A.W ketika Isra’ dan Mi’raj.
Firman Allah S.W.T dalam surah As-Syuara ayat 51.Maksudnya:“ Sesungguhnya Kami
amat berharap supaya Tuhan Kami mengampunkan dosa-dosa kami, kerana Kamilah
orang-orang Yang mula-mula beriman (dalam peristiwa ini)”.
Dan juga bagi Nabi Musa ketika baginda bermunajat di Bukit Tursina.Firman Allah
dalam Surah Al-A’raf, ayat 143. Maksudnya:“Dan ketika Nabi Musa datang pada
waktu Yang Kami telah tentukan itu, dan Tuhannya berkata-kata dengannya, maka
Nabi Musa (merayu dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaKu
(ZatMu Yang Maha Suci) supaya Aku dapat melihatMu". Allah berfirman:
"Engkau tidak sekali-kali akan sanggup melihatKu, tetapi pandanglah ke
Gunung itu…
§
PENURUNAN WAHYU KEPADA RASUL DENGAN PERANTARAAN MALAIKAT
Penurunan wahyu cara ini pernah dilakukan dengan keadaan-keadaan yang berikut:
• Cara yang paling berat diterima oleh Rasulullah S.A.W iaitu mendengar
bunyi loceng dan suara yang kuat supaya Nabi bersedia menerima wahyu yang
datang.
Firman Allah dalam menyebutkan tentang beratnya wahyu itu dalam surah -Muzammil
yang bermaksud “Sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran
Yang mengandungi perintah-perintah) Yang berat (kepada orang-orang Yang tidak
bersedia menyempurnakannya)”.
• Cara yang ringan iaitu Malaikat menyerupai seorang lelaki dengan paras
rupa yang indah dan berseri,kemudian membacakan wahyu tersebut kepada baginda
serta baginda menerimanya dengan senang.
Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari di dalam sahihnya
daripada Aisyah Ummul mukminin yang bermaksud, “ Harith bin Hisyam telah
bertanya kepada Rasulullah S.A.W. Katanya: Wahai Rasulullah, bagaimanakah wahyu
didatangkan kepada engkau? Jawab baginda: “ Kadangkala ia didatangkan kepadaku
seumpama bunyi loceng yamg merupakan cara yang paling berat aku rasakan. Aku
pun meyakininya dan kemudian aku menguasai apa yang telah diperkatakan.
Kadangkala malaikat menyerupakan dirinya kepadaku seumpama seorang lelaki dan
memperkatakan kepadaku dan aku menguasai apa yang diperkatakannya.
***Perbezaan penerimaan wahyu antara malaikat
dengan para Nabi dan Rasul hanyalah sedikit iaitu malaikat menerima wahyu untuk
disampaikan kepada para Nabi dan Rasul sementara mereka menerima wahyu untuk
difahami, diamalkan dan disampaikan serta membimbing umatnya mengikut ajaran
kandungan tersebut.
Rujukan :
Sumbernya dari mana min?
ReplyDelete